notis:

Sebarang Pertukaran Harga Adalah Tertakluk Pada Pihak syarikat Walaupun Tiada Sebarang Notis Dikeluarkan Terlebih Dahulu..

Soalan Lazim





Apa yang dilakukan oleh minyak enjin?

Sesebuah enjin terhasil dari beberapa bahagian besar dari bahagian-bahagian pergerakan yang penting seperti piston, krankshaf, injap, kamshaf dan lain-lain. Minyak enjin memainkan beberapa peranan penting untuk memastikan ke semua bahagian ini bekerjasama dengan baik

1. Lubrikan ia mengurangkan geseran dan haus yang berlaku semasa bahagian-bahagian itu bergerak secara bertentangan antara satu dgn lain seperti permukaan silinder dan gegelang piston atau kamshaf.
2. Coolant. Ia menyerap kepanasan didalam chamber pemanasan enjin dan kawasan ‘undercrown’ . Lalu menyejukkan enjin seterusnya menghalang kepanasan yang keterlaluan.
3. Sealant. Ia menutup ruangan antara gegelang piston dengan permukaan selinder bagi mengelakkan tekanan pembakaran (combustion) kuasa enjin dari terlepas.
4. Detergen. Menghalang bahan buangan yang disebabkan dari pembakaran dan bahan cemar oleh proses oksidasi dari melekat pada bahagian dalam enjin, lantas membantu untuk mengekalkannya bersih
5. Penghalang karat. Ia meneutralkan asid yang terhasil dari gas-gas pembakaran, menghalang karat dan pengkaratan (corrosion)

Kenapa anda perlu menukar minyak. Apa akan berlaku jika anda tidak menukarnya?
Enjin bekerja melalui proses pembakaran minyak seumpama minyak gasoline. Kesannya, produk yang tidak mudah terbakar (non-combustible products) seperti sisa-sisa gas lalu menghasilkan jelaga. Minyak enjin akan memerangkap dan menghalang bahan cemar dari melikat ke dalam enjin lalu mengekalkannya sentiasa bersih. Bila ini berlaku keberkesanannya menyusut. Efek dari kepanasan bahan bakar dengan oksigen di dalam udara akan menyebabkan minyak enjin merosot lantas keperluan untuk menukar minyak perlu selepas suatu tahap penggunaan.
Mengulangi penggunaan minyak enjin melepasi waktu menukar yang disarankan oleh pengilang akan menyebabkan terbentuknya likatan tebal, yang boleh menghalang pergerakan gegelang piston dan yang paling teruk akan berlaku minyak melekit seperti minyak tar sehinga boleh merosakkan enjin. Untuk melindungi enjin berjalan lancar, adalah disarankan untuk menukarnya mengikut asas kebiasaan.

Bilakah waktu yang disarankan untuk menukar minyak enjin?
Ciri-ciri biasa untuk menukar minyak enjin bergantung kepada jarak dan masa. Kebiasaannya, 5,000km atau 6 bulan (mana-mana yang terdahulu) adalah jarak waktu yang biasa diguna pakai di Jepun. Walaubagaimanapun, trend kebiasaan waktu pertukaran yang di sarankan pengilang adalah 10,000km + (atau setahun sekali). Untuk mengekalkan enjin berkeadaan sentiasa baik, kebiasaannya seseorang itu sering menukar minyak mereka dalam jangka waktu yang pendek. Tambahan pula, kenderaan yang berkuasa tinggi, kereta turbo, kereta enjin disel atau kereta lasak disarankan untuk menukar minyak enjin dalam jangka waktu yang pendek atau bergantung kepada keadaan penggunaannya
Agak ganjil, jika menggunakan kereta untuk perjalanan singkat (sehampir 10 minit perjalanan atau ke pasaraya berhampiran sahaja) bermakna minyak enjin belum benar-benar panas sehingga air dan minyak boleh menimbun di dalam enjin hingga mengakibatkan timbunan likatan dan karat yang diakibatkan oleh kehausan (wear). Sebenarnya, kepercayaan bahawa kereta belum mencapai jarak perbatuan lantas penukaran minyak enjin adalah tidak perlu itu adalah disalahertikan (misled). Kondisi sebenar minyak enjin sukar ditaksir tetapi kekerapan penyelenggaraan adalah penting untuk mendapatkan prestasi tertinggi.

Bolehkah menggunakan minyak enjin petrol untuk kereta disel atau sebaliknya?
Oleh kerana enjin petrol dan enjin disel bergerak menggunakan minyak yang berbeza, ciri-cirinya turut berbeza lantas keperluan untuk prestasi minyak enjin juga turut berlainan.
Percirian bahan pencuci (mencuci saki-baki partikel seperti likatan akan membuatkan bahagian dalaman enjin bersih) manakala perlindungan anti-haus untuk camshaft amat penting bagi minyak enjin petrol. Lagipun, enjin petrol dilengkapi dengan catalyser untuk membersihkan asap ekzos yang juga merupakan suatu formulasi minyak yang amat perlu untuk menghalang sebarang efek buruk. Sebaliknya, enjin disel menghasilkan lebh banyak jelaga, jadi keupayaan untuk mengawal hasilan jelaga amat sukar. Satu lagi, cirri-ciri antasid penting untuk meneutralkan partikel asidik yang dihasilkan oleh pembakaran akibat kehadiran sulfur pada minyak disel. Sejajar dengan pecutan asap adalah lebih terkawal, pengeluar kenderaan kini mendesainkan enjin dengan kelengkapan emission yang memerlukan minyak berprestasi tinggi.
Lazimnya, adalah tidak wajar menggunakan minyak enjin gasoline di dalam enjin disel, atau minyak enjin disel di dalam enjin gasoline. Bagi minyak gasoline berprestasi tinggi seperti SL,SJ dan lain-lain akan bermula dengan huruf ‘S’ (Spark ignition) manakala CF,CD dan enjin-enjin disel yang lain bermula dengan ‘C’ (Compression ignition) inilah antara perbezaan-perbezaannya. (Petrol/Diesel – dua kegunaan) minyak enjin yang akan membawa kadar (SJ/CF) adalah formulasi istemewa untuk kedua-dua jenis enjin atau mengikut kadar kondisi kegunaannya.

Apakah perbezaan diantara minyak sintetik dengan minyak mineral?
Minyak mineral terhasil dari minyak mentah. Apabila minyak kerosin, petrol, diesel dan lain-lain telah disuling dari minyak mentah, bahan bakinya diperhalusi untuk menghasilkan minyak mineral yang akan membentuk bahan asas (diistilah sebagai minyak asas – base oil) untuk beberapa jenis minyak enjin. Minyak gear dan sebagainya yang juga dikenali sebagai ‘ minyak mineral asas). Oleh kerana minyak mineral adalah berasal dari produk natural, terdapat bahan-bahan keladak yang hadir lalu mengurangkan sedikit prestasinya.
Minyak sintetik pula, adalah dihasilkan secara kimia bersumberkan paphta. Berbeza dari minyak mineral, ia tidak mengandungi keladak kotoran maka karaktoristiknya lebih hebat, termasuklah viskositi dan ketahanan terhadap kepanasan yang ekstrim. Prestasi & kualiti minyak sintetik yang amat tinggi juga dibuat secara kimiawi, ia disasarkan untuk aplikasi dimana prestasi diperlukan.
Kombinasi kedua-dua minyak ini dikenali sebagai ‘ Semi synthetic oil’

Adakah menggunakan produk meningkatkan prestasi minyak dari pasaran luar boleh memberi masalah?
Pemangkin (aditif) kimia yang terkandung didalam minyak enjin telah diformulasikan dengan cermat dan spesifik sedemikian rupa untuk berpadanan dengan sebarang keperluan minyak berprestasi . Menambah lebih aditif akan merosakkan keseimbangan kimia dan boleh merosakan kualiti prestasi yang asal . Kemungkinan juga jika melebihi kadar sepatutnya, ia mengganggu penggunaan minyak dan pembatasan emission untuk minyak asal yang diterima
Isu utama disini, adalah keputusan dari campuran tersebut tidak akan mendapat kebenaran diuji prestasinya seperti API,ACEA, OEM kerana paras aditif akan jatuh diluar paras ujian.

Apa yang perlu dilakukan jika anda terminum atau termasuk minyak enjin ke dalam anda?
Jika seseorang telah dengan tidak sengaja tertelan minyak enjin, minum banyak air atau cecair yang boleh diminum dan hubungi doktor segera. Jangan cuba untuk memuntahkannya kembali. Jika terkena mata, basuh dengan air bersih sekurang-kurangnya 15 minit atau sehingga iritasi hilang. Jika iritasi berlaku, dapatkan bantuan medical. Jika terkena kulit, lap dengan kain bersih, cuci sekain sebelum ulangi. Lap lebihan bahan dari kulit. Basuh kawasan yang terdedah berulangkali menggunakan sabun dan air.

Sila ambil perhatian bahawa tersenarai diatas adalah merujuk kepada minyak enjin dan langkah-langkah keselamatan yang akan berubah mengikut produk-produk minyak. Berdasarkan PRODUCT LIABILITY LAW, setiap produk minyak akan mempamerkan mesej (AMARAN, pengawasan semasa menggunakannya, keselamatan, arahan peraturan minyak dan bekas buangan dan arahan penyimpanan). Pastikan anda membacanya dengan berhati-hati.

Adakah menambah terlalu banyak atau mengurangi minyak akan mendatangkan masalah?
Menambah minyak terlalu banyak akan meningkatkan konsumsi minyak kerana lubrikan akan keluar melalui laluan valve dsbnya. Pastikan paras yang betul. Terlalu kurang minyak akan mengganggu keupayaan pam minyak untuk mengeluarkan minyak. Jadi, pastikan anda menambah dengan minyak yang sama untuk mengekalkan paras yang betul.