notis:

Sebarang Pertukaran Harga Adalah Tertakluk Pada Pihak syarikat Walaupun Tiada Sebarang Notis Dikeluarkan Terlebih Dahulu..

Glosari

Klasifikasi Kualiti Minyak Enjin
Kualiti wajib dititikberatkan! Untuk memastikan ketulenan minyak enjin, anda disarankan agar meneliti setiap label pada minyak enjin anda. Diantara badan-badan yang memantau kualiti serta jenis minyak adalah API (American Petroleum Institute) dan ACEA (Association des Constructeurs Europeens d’Automobiles).

Klasifikasi API adalah berbeza antara petrol dan diesel:

Petrol – Abjad ‘S’ bermaksud Kategori Servis atau lebih mudah di fahami sebagai Percikan palam pencucuh, di susuli lain-lain abjad melambang kod standard antarabangsa. SM adalah gred terkini, dimana kualiti grednya bersesuaian untuk enjin kenderaan tahun 2000 dan ke atas mengatasi gred SL dan SG.

Kategori

Status

Servis
SN Terkini Untuk semua jenis kenderaan di atas jalan raya. Diperkenalkan oleh API service pada November 2010.
SM Terkini Untuk kegunaan semua jenis enjin terkini, kenderaan lama sila rujuk manual kenderaan. Diperkenalkan pada November 2004. SM direka khas untuk ketahanan pengoksidaan, perlindungan deposit dan perlindungan prestasi pada suhu rendah agar hayat enjin lebih lama. SM juga dirujuk sebagai Energy Conserving iaitu penjimatan penggunaan minyak petrol.
SL Terkini Untuk kegunaan semua jenis enjin terkini, kenderaan lama sila rujuk manual kenderaan. Diperkenalkan pada tahun 1998.
SJ Lama Untuk kegunaan semua jenis enjin terkini, kenderaan lama sila rujuk manual kenderaan. Diperkenalkan pada tahun 1996.
SH Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1996 dan lama.
SG Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1993 dan lama.
SF Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1988 dan lama.
SE Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1979dan lama.
SD Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1971 dan lama.
SC Lama Untuk kegunaan enjin tahun 1967 dan lama.
SB Lama Untuk kegunaan enjin lama. Sila rujuk manual dari kilang kenderaan anda.
SA Lama Untuk kegunaan enjin lama yang tiada prestasi diperlukan. Sila rujuk manual dari kilang kenderaan anda.

Diesel- Abjad ‘C’ bermaksud Kategori Komersial atau nyalaan mampat. CH adalah gred yang terkini atau lebih dikenali sebagai CH-4. Sehingga kini gred CF paling popular dikalangan pengguna enjin diesel.
Kategori

Status

Servis
CJ-4
Terkini
Diperkenalkan pada tahun 2006 untuk enjin 4 lejang berkuasa tinggi dan amat pratikal kenderaan yang berteknologi 2007. Mempunyai partikel halus yang mampu menapis karbon berlebihan ke udara. CJ-4 melebihi tahap kemampuan CF-4, CG-4, CH-4 dan CI-4
CI-4
Terkini
Diperkenalkan pada tahun 2002. Di formulasikan khusus untuk menjamin kestabilan Exhaust Gas recirculation(EGR) pada enjin diesel yang kandungan sulfur sehingga 0.5%. Boleh menggantikan penggunaan CD, CF-4, CG-4 dan CH-4.
CH-4
Terkini
Diperkenalkan pada tahun 1998, di reka khusus untuk kandungan sulfur di dalam enjin kurang daripada 0.5%. Boleh menggantikan penggunaan minyak CD, CE, CF-4 dan CG-4.
CG-4
Terkini
Diperkenalkan pada tahun 1995 di reka khusus untuk kandungan sulfur di dalam enjin kurang daripada 0.5%. Boleh menggantikan penggunaan minyak CD, CE dan CF-4
CF-4
Terkini
Diperkenalkan pada tahun 1990. Boleh menggantikan penggunaan minyak CD dan CE
CF-2
Terkini
Diperkenalkan pada tahun 1994di reka khusus enjin motorsikal 2 lejang. Boleh menggantikan penggunaan minyak CD-II
CF
Terkini
Diperkenalkan pada tahun 1994 di reka khusus kegunaan selain jalan raya untuk kandungan sulfur di dalam enjin lebih daripada 0.5%. Boleh menggantikan penggunaan minyak CD.
CE
Lama
Diperkenalkan pada tahun 1987. Boleh menggantikan penggunaan minyak CC dan CD
CD-II
Lama
Diperkenalkan pada tahun 1987 untuk motorsikal berenjin 2 lejang.
CD
Lama
Diperkenalkan pada tahun 1955 untuk sesetengah enjin biasa dan enjin turbo (bersesuain dengan kenderaan dahulu sahaja)
CC Lama Diperkenalkan pada tahun 1961 untuk semua jenis kenderaan diesel
CB Lama Diperkenalkan pada tahun 1949 untuk kenderaan sederhana berat
CA Lama Diperkenalkan pada tahun 1940 untuk kenderaan ringan.

Klasifikasi Gred Minyak Enjin



Perbezaan antara Minyak Enjin Sintetik dan Mineral

Bagaimana untuk mengetahui 'W' yang tertera di setiap label botol minyak enjin?

Huruf 'W' yang tertera dengan nombor 0-25 merujuk kepada 'winter'( musim salji/sejuk).

Kebaikan minyak enjin Multigred