notis:

Sebarang Pertukaran Harga Adalah Tertakluk Pada Pihak syarikat Walaupun Tiada Sebarang Notis Dikeluarkan Terlebih Dahulu..

Maxcare Success



Dari kilang di Pandamaran, produk-produk tersebut disimpan baik di gudang penyimpanan MCS yang terletak di Taman Batu Muda, Batu Caves Selangor. Di situlah bermulanya proses pengedaran dan pemasaran serta khidmat jualan.

Demi menyemarakkan lagi arena industri networking, MCS yang amat mengutamakan kualiti dan mutu telah mengembling tenaga mendahului trend pengguna semasa dengan pelaburan produk yang sentiasa mendapat tempat dihati pengguna. Bersandarkan produk-produk berprestij untuk dinikmati oleh semua peringkat golongan, ia telah memikat dan dipercayai pengguna buat selama-lamanya.

Kemajuan dan pengalaman MCS adalah berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap produk-produk kami, penilaian-penilaian jujur pengguna-pengguna yang puas hati serta produk yang sentiasa merentasi sempadan jarak dan waktu.


MCS beroperasi di seluruh Malaysia dan amat sinonim dengan minyak pelincir ‘MAXOIL’ dan ‘Maxlube’. Moto yang sentiasa dibawa kemana jua’HELPING PEOPLE MAKE MONEY’ adalah cogankata yang menggambarkan betapa MCS mengutamakan mutu produk yang berbaloi untuk setiap Ringgit anda. Selain sentiasa mengutamakan pencinta produk-produk MCS, yang menghargai kenderaan2 mereka, mengutamakan prestasi seterusnya meyakini produk2 keluaran kami.

Telah 17 tahun MCS berkhidmat menyediakan produk-produk berprestij dan berjuta-juta pengguna setia produk2 MCS telah mengguna, meyakini dan mempercayai keberkesanan produk2 dan lubrikan2 MCS!

Sejajar dengan perkembangan lubrikan, MCS tidak ketinggalan memartabatkan pengguna-pengguna wanita dengan produk-produk rumahtangga, minuman-minuman berkhasiat serta produk herba pencetus tenaga serta kehamonian tubuh dan minda.

Sehingga kini, MCS telah melahirkan usahawan-usahawan yang berjiwa kental, gigih, independent dan yang tabah menongkah kemelut ekonomi global.